Monday, July 6, 2015

Mesyuarat "Semakan Akaun Bagi Pangsapuri Bayu Villa" - Suasana Tegang



Pada 2hb Julai 2015 (Khamis), Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan (JMC) Bayu Villa menghadiri "Mesyuarat Semakan Akaun Bagi Pangsapuri Bayu Villa". Mesyuarat ini diadakan bagi membuat soal siasat yang telah dikemukan oleh Encik Lim yang tinggal di Blok D-2-25 berkaitan kes penyelewengan oleh Bendahari JMB Bayu Villa.

Semenjak tahun lepas bulan Oktober 2014 beliau telah beria-ia membuat lapuran polis demi lapuran polis dan menyuruh pihak polis bahagian jenayah perdagangan (Commercial Crime) membuat tangkapan terhadap Bendahari JMB Bayu Villa kerana telah menyelewengkan wang pengurusan JMB Bayu Villa.

14hb Oktober 2014

Inspektor Dan Sarjan Jenayah Kolar Putih Datang Membuat Soal Siasat Terhadap Bendahari Bayu Villa.

(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/10/inspektor-dan-sarjan-jenayah-kolar.html)

14hb Februari 2015

Siasatan Jenayah Komersil Terhadap Bendahari JMB Bayu Villa. Lapuran Polis Sampai Kepada Bukit Aman.

http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2015/02/siasatan-jenayah-komersil-terhadap.html




Bukan begitu sahaja, beliau juga telah memberitahu setiap penghuni yang dikenalinya bahawa tidak lama lagi Bendahari JMB Bayu Villa akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara atas kesalahan mengelapkan wang pengurusan penyelenggaraan. 

Sehingga hari ini beliau begitu yakin bahawa Bendahari JMB Bayu Villa akan dimasukkan ke dalam penjara semenjak bulan Disember 2014 tahun lepas tetapi sehingga kini perkara ini telah berlalu selama 6 bulan dan tiada apa apa yang berlaku dari segi tangkapan yang hendak dibuat.

Mesyuarat Bersama COB Klang (2hb Julai 2015)

Sesi perbincangan bermula agak baik dengan penerangan oleh pegawai COB Klang mengenai tujuan mesyuarat ini diadakan ialah semata mata untuk mendapatkan informasi mengenai status akaun Bayu Villa pada bulan September 2014 dan bulan Oktober 2014.

Pengerusi JMB Bayu Villa, Cik Sri Sharmini memulakan sesi perbincangan dengan menerangkan mengenai status akaun dalaman Bayu Villa semenjak beliau menjawat jawatan pengerusi daripada bulan Julai 2014.


Beliau memberi keterangan bahawa segala akaun dalaman Bayu Villa yang telah disimpan di dalam pejabat semenjak beliau mengambil alih tetapi telah dicuri atau sengaja dihilangkan bagi menutup segala muslihat yang berlaku di dalam akaun JMB Bayu Villa. Ada di antara mereka memadam segala maklumat dalaman akaun penyelenggaraan masing masing sehingga menjadi kosong.

Semasa penerangan diberikan, Encik Lim dengan tiba tiba menyatakan beliau bukan datang hendak mendengar penjelasan. Tujuan kedatangan beliau ialah untuk mengetahui ke mana wang penyelenggaraan itu dilesapkan dan kenapa wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun bank?


Keadaan di dalam mesyuarat mulai menjadi tegang dengan tekanan demi tekanan dipersoalkan tentang keadaan kewangan JMB Bayu Villa khusus pada bulan September 2014 dan bulan Oktober 2014. Walaupun soalan demi soalan dikemukan, segala jawapan dapat diberikan berserta dengan bukti. 

Dan bukan setakat itu sahaja, isteri kepada Encik Lim iaitu Cik Chiam yang mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan juga bertindak sebagai pembicara serta penyoal untuk pihak suaminya dan bertanyakan ke manakah wang penyelenggaraan yang diterima itu pergi? 

Encik Lim yang teragak agak dan tersasur kerana tidak pandai berbicara Bahasa Malaysia dan langsung tidak faham Bahasa Inggeris melontar kata kata yang menyemarakan lagi keadaan dan suasana di dalam mesyuarat. Bukan begitu sahaja beliau juga membuat tuduhan bahawa JMB Bayu Villa mengelapkan wang penyelenggaraan.

Cik Chiam yang menjadi wakil kepada Encik Lim juga berkali kali menekankan bahawa akaun yang disediakan oleh pengurusan JMB Bayu Villa adalah tidak tepat dan menuduh apa yang tercatat di dalam blog bayuvillaapartment.blogspot.com adalah tidak tepat kerana terdapat unsur unsur ada di antara catatan yang dipaparkan di dalam blog telah dipadam atau ditukar isi kandungannya.  


Pada waktu yang sama pihak COB Klang menerangkan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah semata mata untuk Encik Lim serta Cik Chiam bertanyakan soalan kepada pihak pengurusan JMB Bayu Villa mengenai status akaun kewangan dan bukannya untuk meninggikan suara serta menuduh JMB Bayu Villa mengelap wang pengurusan kerana tiada bukti yang mengatakan JMB Bayu Villa mengelap wang penyelenggaraan sehingga siasatan kewangan pengurusan JMB Bayu Villa dapat dibuktikan.

Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh dua pegawai anggota polis dan juga dihadiri oleh Encik Bernard Thong (Indera Management Service (KL) Sdn Bhd) dan Pengurus Bangunan Encik Shashie selaku saksi ke atas kejadian yang berlaku ke atas sistem komputer JMB Bayu Villa (sistem MYOB) yang tidak dapat digunakan pada ketika itu (bulan Ogos 2014 dan bulan September 2014) kerana dipercayai penggunaan sistem dalaman komputer pada ketika itu telah dikunci menggunakan kata laluan "password" dan tidak dapat diakses sepenuhnya oleh pengurusan yang JMB Bayu Villa yang lama.


Mesyuarat tersebut berlangsung selama dua jam tanpa sebarang jalan penyelesaian kerana Encik Lim serta isterinya Cik Chiam tidak mahu menerima segala penjelasan diberikan berserta dengan bukti. Mereka membuat asakan bertubi tubi menekan bahawa memang terdapat kes penyelewengan yang berlaku.

Mereka bertanyakan adakah wajar Bendahari JMB Bayu Villa boleh memasukkan wang penyelenggaraan yang diterimanya ke dalam akaun bank peribadinya? 

Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee memberi penerangan bahawa penggunaan akaun bank pada ketika itu telah dibekukan semenjak bulan April 2014, jadi wang penyelenggaraan yang diterima digunakan untuk membuat pelbagai perbelanjaan pembayaran harian dan jika ianya dimasukkan ke dalam akaun bank, JMB Bayu Villa tidak dapat beroperasi menguruskan pengurusan. 

Pada ketika itu Encik Lee memberi penjelasan bahawa beliau pernah membuat pertanyaan kepada pegawai COB Klang yang memberi nasihat jika wang penyelenggaraan yang diterima berserta dengan resit perbelanjaan disimpan dan dapat disahkan segala perbelanjaannya sememangnya ianya boleh diterima.

Walaupun penerangan telah diberi, Encik Lim masih lagi ingin pihak COB Klang mengambil tindakan undang undang terhadap Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa terutama Bendahari JMB Bayu Villa kerana mengelap wang penyelenggaraan.

Penerangan demi penerangan dikemukan tetapi setiap perbincangan tersebut Encik Lim meninggikan suara beliau terhadap pegawai COB Klang supaya tidak terlalu sangat memihak atau mengajar pihak JMB Bayu Villa tentang selok belok menguruskan akaun.


Oleh kerana kes ini tidak mempunyai sebarang jalan penyelesaian, Pengerusi JMB Bayu Villa memberi cadangan bahawa pihak yang menuduh iaitu Encik Lim melantik seorang "Akauntan" yang bertauliah supaya menjalankan siasatan yang terperinci terhadap akaun (forensik account) JMB Bayu Villa. Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh JMB Bayu Villa.

Pihak COB Klang bersetuju supaya dilantik seorang "Akauntan" yang bertauliah menyiasat akaun JMB Bayu Villa. Pegawai COB Klang juga menerangkan pihak COB Klang tidak boleh mengambil tindakan undang undang kerana tidak mempunyai kuasa sedemikian tetapi jika Encik Lim tidak berpuast hati boleh merujuk kepada pihak polis.

Oleh kerana tidak berpuas hati bahawa pihak COB Klang tidak akan mengambil tindakan undang undang terhadap JMB Bayu Villa maka Encik Lim menekankan bahawa beliau akan membuat lapuran polis dan juga kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Daripada reaksi beliau menunjukkan bahawa beliau tidak lagi mempercayai credibiliti COB Klang kerana beliau menganggap COB Klang tidak berupaya menjalankan tanggungjawab mengambil tindakan undang undang yang sepatutnya. 

Tunggakan Wang Penyelenggaraan D-2-25 : RM5,999.94

Sebelum berakhir perbincangan, Pengerusi JMB Bayu Villa bertanyakan soalan kepada pegawai COB Klang adakah sebagai salah seorang penghuni yang tinggal di dalam Bayu Villa dan mempunyai hutang beribu ringgit apakah beliau berhak atau layak bertanyakan status keadaan pengurusan Bayu Villa? 

Penyata tunggakan penyelenggaraan beliau sehingga akhir bulan Jun 2015 menunjukkan beliau mempunyai tunggakan sebanyak RM 5,999.94 bersamaan caj penalti mencuri bekalan air daripada pihak pengurusan JMB Bayu Villa iaitu sebanyak RM 300.00 sebulan. 



25hb Disember 2014

Seorang Lagi Penghuni Mencuri Bekalan Air Di Blok D Dengan Memasang Sendiri Paip Getah.

(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/12/seorang-lagi-penghuni-mencuri-bekalan.html)



30hb Disember 2014

Keberanian Mencuri Air Semakin Melampau. Mencabar JMB Bayu Villa Serta Penghuni Bayu Villa.

http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/12/keberanian-mencuri-air-semakin-melampau.html


Pegawai COB Klang menjawab jika seseorang penghuni yang berhutang sememangnya tidak layak untuk memeriksa apa jua hal ehwal kerja kerja pengurusan tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai tunggakan mempunyai hak untuk menjalankan kewajipan mereka sewaktu mengundi, mengambil tahu tentang kerja kerja pengurusan dan sebagainya semasa mesyuarat diadakan.

Pegawai COB Klang membuat pertanyaan kepada Encik Lim kenapa tidak membayar tunggakan yang lepas? Jumlah tunggakan tersebut bukan beratus tetapi beribu ringgit? 

Beliau dengan lantang menjawab bahawa beliau takut wang penyelenggaraanya diselewengkan oleh pengurusan yang sedia ada dan beliau tidak mempunyai kepercayaan terhadap pengurusan yang ada sekarang.


Pegawai COB Klang seterusnya membuat satu lagi pertanyaan. "Jika dilihat daripada jumlah yang dihutang sememangnya ianya bukan masalah pengurusan JMB sekarang, pengurusan JMB dahulu juga anda tidak membayarnya. Kenapa nak menuduh JMB yang sedia ada? Jumlah itu adalah jumlah yang telah dihutang bertahun lamanya".

Dengan muka yang masam serta tidak puas hati, Encik Lim serta isterinya Cik Chiam meninggalkan mesyuarat tersebut. Mesyuarat kali ini berakhir kerana tiada bukti yang cukup kukuh menunjukkan terdapat kes penyelewengan yang berlaku kerana Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa telah menghadiri mesyuarat ini bagi menjawab segala soalan serta apa yang telah berlaku ketika Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru mula mula mengambil alih kerja pengurusan. 

No comments:

Post a Comment