Tuesday, August 25, 2015

Sejumlah Besar Tunggakan Wang Penyelenggaraan Telah Dilesapkan.

Sudah hampir setahun Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru mengambil alih daripada pengurusan lama dan sehingga kini apa jua masalah yang dihadapi telah dilalui dengan sebaik yang mungkin.

Sewaktu JMB Bayu Villa sedang sibuk melayani kesemua penghutang yang sedia ada termasuk TNB, Syabas, Pejabat Tanah dan Galian, kerja kerja membaik pulih keseluruhan Bayu Villa dan sebagainya kini telah tiba masanya JMB Bayu Villa memulakan penyemakan akaun semasa di antara bulan Januari 2014 sehingga Ogos 2014.

Dalam kesibukan membuat semakan pihak pengurusan JMB Bayu Villa terperanjat apabila mendapati sesuatu yang tidak betul telah berlaku ke atas akaun JMB Bayu Villa pada bulan Jun dan bulan Julai 2014. 


Pada permulaannya kami cuma menganggap mungkin telah berlaku sedikit kesilapan tetapi setelah diselidik dan disiasat dengan lebih teliti, JMB Bayu Villa telah menjumpai sejumlah anggaran RM32,605.87 telah dilesapkan daripada akaun individu setiap penghuni. 

Siasatan lanjut juga ditumpukan kepada penerimaan tunggakan wang penyelenggaraan dan kemasukan hasil wang tunai yang tidak dimasukan ke dalam akaun bank dan juga kenapa jumlah sebanyak RM32,605.87 dapat dikeluarkan daripada sistem secara begitu sahaja.

Mengikut anggaran pengiraan yang tidak sah, kemungkinan sejumlah RM50,000.00 telah dilesapkan atau dihapuskan daripada akaun setiap individu yang terlibat.

Setelah siasatan terperinci diteliti dan melalui mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan (JMC) Bayu Villa, keputusan telah diambil supaya membuat lapuran polis ke atas kehilangan sejumlah tunggakan wang penyelenggaraan tersebut.  

No comments:

Post a Comment