Friday, September 18, 2015

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mulai Membuat Siasatan.


Pada 08.09.2015 (Selasa), 2 pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang membuat siasatan berhubung dengan elemen terdapat kes penyelewengan berlaku keatas JMB Bayu Villa untuk tahun kewangan berakhir 2014.

Kes yang sama apabila lapuran yang dibuat oleh seorang individu yang tinggal di Blok D. Setelah membuat lapuran tersebut kepada unit Jenayah Komersil di Balai Polis Klang serta COB Klang kini beliau mengambil inisiatif membuat lapuran lebih kepada penyiasatan mengenai pemberian kontrak pembaikian lif dan sebagainya. Siasatan juga lebih tertumpu kepada sistem penerimaan wang penyelenggaraan. 


Sebanyak 5 fail telah diambil oleh pihak SPRM sebagai usaha mereka untuk memastikan segala siasatan yang terperinci mengenainya dapat dilakukan.

Banyak perkara diperbincangan dan salah satunya ialah mengenai penyelewengan yang berlaku ke atas pengurusan lama. Atas nasihat daripada pegawai SPRM, mereka menyarankan supaya pengurusan sekarang membuat lapuran mengenai kejadian tahun lepas. 

Kemungkinan besar pihak JMB Bayu Villa akan membuat lapuran bahawa terdapat kes penyelewengan yang berlaku ke atas pengurusan JMB Bayu Villa daripada bulan November 2013 sehingga Ogos 2014. Tetapi perkara ini akan melalui mesyuarat yang akan diadakan untuk mendapatkan pendapat daripada ahli jawatankuasa.

No comments:

Post a Comment